Saturday, 13 April 2013

" Selamat ?? " atau " Tidak Selamat ?? "


Pada 2 minggu yang lepas, saya terbaca satu status di facebook yang berkaitan dengan satu kes pencabulan seorang pelajar perempuan UKM dan penculikan nyaris berlaku di luar kampus UKM. Apabila saya terbaca status itu, saya sangat sedih terdengar berita ini . Selepas kes ini terjadi, mangsa tersebut sangat berani dan bertenang pulang ke asrama. Pada hari kedua, mangsa tersebut melaporkan kes ini di Balai Polis dengan rakan-rakannya.
Sampai sini, saya sangat sedih kerana Negara kita, Malaysia tidak selamat lagi. Sebelum ini, kami boleh dapat membaca berita-berita yang begini di surat khabar. Tetapi saya tidak boleh percaya perkara ini boleh berlaku di orang-orang yang saya kenali.


Sekarang, kami hanya boleh melindungi diri sendiri dan tanpa berharap dengan sesiapa terutama semua warga wanita. Di sini, saya ada beberapa cadangan-cadangan yang ingin diberi.



Untuk melindungi keselamatan diri, kami perlu belajar sesuatu kemahiran pertahanan diri untuk menjaga keselamatan kami, seperti Silat, Karate, Kung fu dan sebagainya. Contohnya kami boleh melindungi diri  sendiri apabila bertemu dengan orang jahat. Selain itu, kami mestilah mencari beberapa orang kawan untuk berteman jika nak pergi sesuatu tempat. Contohnya apabila kami nak pergi sesuatu tempat,  kami lebih baik mencari beberapa orang kawan untuk berteman bersama sekali.


Di samping itu, kami perlu sentiasa membawa alat anti-rogol atau barang yang keras seperti payung supaya keselamatan kami boleh terjamin. Jika kami bertemu dengan perompak yang ingin rompak barang harga kami , kami cuba memberikan semua barang harga yang dia nak. Kehilangan wang lebih baik kehilangan nyawa !!

No comments:

Post a Comment