Sunday, 14 April 2013

" Lion House of Love " Charity Dinner


Pada hari Sabtu (13/04/2013), saya dan ibu saya telah menghadiri satu Majlis Makan Malam Amal di Financial Park Labuan, Convention Hall. Majlis ini dianjurkan oleh Lion Club of Labuan Mandarin. Majlis ini diadakan untuk mengumpulkan duit bagi membina sebuah Rumah Orang Tua. Disebabkan Majlis ini adalah amal, oleh itu harga kupon makan malam amat tinggi sedikit, iaitu RM100, RM 300 dan RM500 seorang. Wah... Mahalnya kupon tu !! Tetapi nasib baik nya kami ada kupon percuma yang diberi oleh Boss ibu saya. Hehe... :)





Rumah Orang Tua ini bukan rumah orang tua yang biasa, nya ialah sebuah rumah yang terdapat medical centre, alat senaman dan sebagainya bagi orang tua dapat menjaga kesihatan mereka. Selain itu, rumah ini juga ada penjaga yang mempunyai ilmu dan kemahiran rawatan untuk menjaga orang-orang tua. Projek ini adalah salah satu berita yang baik di Labuan. Ini disebabkan Labuan terdapat banyak orang tua tinggal seseorang dan  mereka banyak sudah tua dan berpenyakit. Oleh itu, orang-orang tua boleh tinggal di situ dan kesihatan mereka juga dapat dijaga apabila Rumah Orang Tua ini siap dibina. Selain itu, mereka tidak akan merasa sunyi dan dapat merasa kasih sayang dari masyarakat ini lagi.


Dalam seluruh Dunia, warga emas ialah salah satu warga yang kami semua orang perlu menghormati nya. Ini disebabkan mereka telah berkorban sehidupnya untuk membangunkan dunia dalam semua sektor, termasuk Sektor Ekonomi, Pendidikan, Pembanguanan dan sebagaiya. Bila kami masih berumur kecil, keluarga kami atau cikgu di sekolah juga mengajar kami perlu membantu orang tua, seperti membawa mereka melintas jalan raya, menolong mereka mengangkat barang yang berat dan lain-lain. Walaupaun tindakan ini sangat mudah dibuat, tetapi ada beberapa orang dalam masyarakat pernah buat dengan sukarela. Jika kami mengambil sedikit tindakan yang mudah ini, orang tua sudah berasa gembira dan telah mendapatkan sepenuh kasih sayang dari masyarakat.

No comments:

Post a Comment