Akhirnya, saya
telah sampai UKM dengan selamat. Sekarang, saya perlu mula belajar kerana
minggu depan ada banyak peperiksaan yang perlu saya hadapi.
Hari ini, saya
telah mendapat satu pengalaman baru, iaitu menaiki KLIA Express dan KTM untuk
balik ke UKM. Train KLIA Express sangat besar dan selesa. Selain itu, train itu
juga ada WIFI untuk memberi pelanggan melayari internet. Train itu juga sangat
cepat, dari KLIA ke KL Sentral hanya menggunakan selama 30 minit sahaja.
Sebelum ini, saya
akan menaiki Teksi untuk pergi balik Lapangan Kapal Terbang. Tetapi kali ini,
saya cuba menaiki pengangkutan awam untuk membuat perbandingan antara kedua-dua
pengangkutan ini.
Bagi Teksi, keselamatan kami telah terjamin kerana kami akan panggil pemandu
teksi yang kami percayai untuk membawa kami balik ke Universiti ( kecuali orang
yang panggil Teksi di Lapangan Kapal Terbang ). Selain itu, kami juga boleh
menjimatkan masa kerana dia terus bawa kami balik ke Universiti dan tidak perlu
buat pertukaran Stesen atau kereta. Menaiki Teksi amat selamat dan dapat
menjimatkan masa, tetapi kosnya sangat mahal. Oleh itu, saya bercadang jika nak
menaiki teksi, lebih baik menaiki dengan beberapa orang kawan supaya kos setiap
orang dapat dikurangkan.
Bagi pengangkutan
awam seperti Bas Express atau KLIA Express, Kami dapat menjimatkan wang kami.
Sebagai seorang mahasiswa, kos hidup sangat tinggi terutama mahasiswa yang
belajar di KL. Untuk menjimatkan kos, saya bercadang untuk menaiki pengangkutan
awam. Walaupun jimat wang, tetapi kami perlu membaazirkan masa untuk membuat
pertukaran stesen atau menunggu. Selain itu, keselamatan kami juga tidak
terjamin. Setiap hari ada banyak orang menaiki pengangkutan awam dan kami tidak
boleh tahu orang mana satu yang baik atau jahat bila menaiki pengangkutan awam.
Oleh itu, menaiki pengangkutan awam sangat bahaya. !!
Kesimpulannya,
saya juga akan memilih menaiki Teksi lain kali apabila nak pergi ke Lapangan
Kapal Terbang atau balik dari Lapangan Kapal Terbang. Walaupun kosnya mahal
berbanding dengan pengangkutan awam, tetapi keselamatan saya terjamin dan dapat
menjimatkan masa saya.
No comments:
Post a Comment