Pada hari Jumaat yang lalu(01/03/2013),
kami dijemput oleh Seketeriat Pesta Amal Tahun Baru Cina Universiti Sains
Malaysia (USM) untuk menghadiri Majlis Makan Malam Sambutan Tahun Baru Cina di
Padang Kawad USM. Majlis ini bermula pada jam 4.30 p.m. hingga 11.30 p.m.
Sebelum majlis bermula, saya dan rakan-rakan saya bersama-sama makan
malam di gerai-gerai makan yang berada di Padang Kawad USM. Disebabkan sudah
datang ke Pulau Pinang, kami mestilah makan makanan Penang yang terkenal. Pada
malam itu, kami telah makan laksa, kuey tiaw goreng , ABC dan sebagainya. Selepas
itu, kami juga melawat pameran yang dihasilkan oleh mereka.
Majlis itu bermula pada jam 8.00 p.m. dengan persembahan muzik
tradisional cina oleh Pasukan Chinese Orchestro USM. Seterusnya adalah Wedding
Fashion Show. Dalam acara itu, kami dapat meningkatkan ilmu-ilmu tentang
wedding fashion dan belajari bagaimana memakai pakaian. Pada malam tersebut,
banyak persembahan juga disediakan, seperti persembahan menyanyi, persembahan
main Harmonica dan Saxophone, persembahan Acrobatics dan sebagainya. Majlis
tersebut telah tamat pada jam 11.30 p.m.
No comments:
Post a Comment