Pada tarikh 22 Feb 2013, Pesta Angpow UKM Ke-19 telah mengadakan Majlis
Makan Malam PAP 19 di DECTAR, UKM, pada jam 6.30p.m. – 11.30p.m.
Kerja Persediaan bagi Majlis ini telah bermula pada hari Khamis sehingga
hari Jumaat di DECTAR. Pada hari khamis, saya dan rakan sekerja saya menyusun
papan pameran dengan mengikut pelan. Selepas itu, kami menampalkan
maklumat-maklumat yang disediakan.
Pada hari Jumaat, saya dan rakan sekerja saya meneruskan kerja-kerja
persediaan kami. Kami menghiaskan Lobby Utama DECTAR dengan alat hiasan Tahun
Baru Cina, seperti Tanglung Cina, angpow dan sebagainya.
Pada jam 8.00p.m., Majlis Makan Malam PAP 19 bermula dengan menyanyi
Lagu NEGARAKU dan Lagu UKM. Selepas itu, majlis menjemput VVIP memberikan
ucapan beliau dan seterusnya merasmikan Majlis Makan Malam PAP 19 dengan
memukul gendang cina sebanyak 4 kali. Persembahan juga bermula selepas VVIP
merasmikan majlis itu. Pada malam tersebut, banyak persembahan diadakan,
seperti tarian cina, menyanyi, persembahan gendang 24 musim dan sebagainya.
Majlis Makan Malam tersebut tamat pada 11.30p.m.